Select&Go
Dasar Privasi
1. Skop Dasar Privasi ini
Dasar Privasi ini terpakai kepada maklumat (selepas ini dirujuk sebagai “Data Peribadi”) yang diberikan kepada kami apabila anda menggunakan perkhidmatan mencetak foto (selepas ini dirujuk sebagai “Perkhidmatan”) yang ditawarkan oleh aplikasi “Select&Go” (selepas ini dirujuk sebagai “Aplikasi” ini) dan perisian penerima pesanan untuk mencetak dalam-kedai FUJIFILM (selepas ini dirujuk sebagai “Penerima Pesanan”) yang diurus dan dikendalikan oleh FUJIFILM Corporation (selepas ini dirujuk sebagai “Syarikat” atau “kami”). Anda boleh melihat profil syarikat kami di laman sesawang https://global.fujifilm.com/en/about/corporate/overview
2. Data Peribadi, dsb. yang dipungut semasa menyediakan Aplikasi dan Perkhidmatan ini dan tujuan penggunaan. Maklumat tentang terminal anda dan atributnya, dsb.
- Maklumat tentang terminal anda, contohnya jenis/versi OS anda, sistem operasi, platform, dsb.
- Maklumat tentang Negara, kawasan perbandaran, jantina dan umur anda
Dipungut apabila
Dipungut secara automatik oleh Aplikasi ini.
Tujuan penggunaan
- Untuk menentukan punca masalah-masalah dengan Aplikasi ini, dsb. dengan menganalisis data akses anda kepada Aplikasi ini.
- Untuk menyiasat bilangan pengguna dan trafik Aplikasi ini dan menambah baik Perkhidmatannya.
Sila ambil maklum bahawa Aplikasi ini menggunakan Google Analytics untuk Firebase yang disediakan oleh Google dan maklumat ini dipungut, dianalisis dan digunakan oleh modul-modul ini. Untuk maklumat lanjut tentang pemungutan dan penggunaan maklumat anda oleh Google, sila rujuk laman sesawang berikut:
Google Privacy Policy
(Google Analytics™ ialah tanda dagangan Google LLC.)
Untuk maklumat lanjut tentang data yang dipungut oleh Google Inc. apabila anda menggunakan Google Analytics untuk Firebase, sila lawati : https://support.google.com/firebase/answer/6318039?hl=en
Mengenai maklumat lokasi anda
Aplikasi ini memproses maklumat lokasi anda apabila anda memulakan aplikasi dengan kebenaran terdahulu anda. Maklumat ini diproses dalam Aplikasi ini bagi tujuan (1) menghubungkan kepada Penerima Pesanan melalui Wi-Fi dan menghantar foto-foto dan maklumat lain. Selain itu, (2) apabila anda menggunakan fungsi tersebut dalam Aplikasi ini untuk memberitahu anda tentang kedai-kedai berdekatan anda yang menyediakan Perkhidmatan (selepas ini dirujuk sebagai "Perkhidmatan Carian Kedai Berdekatan"), maklumat akan diperolehi dan diproses oleh Google melalui perkhidmatan Google Map. Kami tidak memperolehi maklumat ini.
Apabila anda menggunakan Perkhidmatan Carian Kedai Berdekatan, anda memberi kebenaran untuk maklumat mengenai pengenal pasti peranti anda dan maklumat peribadi dipungut secara langsung oleh Google, selaras dengan Dasar Privasi yang disebut di atas.
3. Pengendalian Data Peribadi
(1) Kami akan menguruskan Data Peribadi yang anda berikan dalam cara yang sewajarnya untuk mengelakkan insiden seperti kehilangan, kecurian, pemalsuan dan kebocoran. Kami akan mengendalikan Data Peribadi yang anda berikan menurut Dasar Privasi ini dan akan melindungi dan menggunakan Data Peribadi tersebut dengan sewajarnya.
(2) Kami akan menggunakan Data Peribadi yang anda berikan hanya bagi tujuan-tujuan penggunaan yang kami telah nyatakan dengan jelas kepada anda terlebih dahulu, kecuali dibenarkan dengan nyata oleh undang-undang, peraturan dan kod-kod berkaitan perlindungan Data Peribadi yang terpakai kepada perlindungan Data Peribadi.
(3) Kami tidak akan mendedahkan atau memberikan Data Peribadi kepada mana-mana pihak ketiga kecuali untuk keadaan-keadaan berikut:
- (a) apabila anda bersetuju terlebih dahulu kepada pendedahan tersebut.
- (b) apabila kami menggunakan khidmat luar bagi pengendalian berkaitan pengurusan dan pengendalian Aplikasi ini atau Perkhidmatan.
- (c) apabila kami memberikan maklumat sedemikian kepada syarikat yang mengambil alih, dalam hal pengambilalihan perniagaan disebabkan penggabungan, pemecahan syarikat, pemindahan perniagaan, dsb.
- (d) apabila pendedahan segera diperlukan untuk melindungi nyawa manusia atau hak asasi manusia.
- (e) apabila bekerjasama dengan permintaan yang dibuat oleh agensi awam seperti badan kehakiman atau polis, dsb. dibawah undang-undang dan peraturan.
- (f) apabila pendedahan diperlukan menurut peruntukan undang-undang dan peraturan.
(4) Sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan pembetulan, pemadaman, dsb. berkaitan Data Peribadi akan dikendalikan dipautan di bawah.
https://fujifilm.com/contact
(5) Pemindahan Imej-Imej kepada pengendali Penerima Pesanan
Penerima Pesanan dikendalikan dan diurus oleh pihak ketiga bebas, bukan oleh kami. Pencetakan yang dilakukan melalui Penerima Pesanan bukan sebahagian daripada perkhidmatan ini tetapi perkhidmatan yang disediakan oleh pengendali Penerima Pesanan. Imej-imej yang dimuat naik ke dalam Aplikasi akan dipindahkan ke Penerima Pesanan oleh Pengendali Penerima Pesanan bertanggungjawab ke atas foto-foto yang dipindahkan ke Penerima Pesanan yang mereka kendalikan. Dalam hal ini, pernyataan privasi mereka akan terpakai.
4. Pemindahan Data Antarabangsa
Kami mungkin akan memindahkan Data Peribadi yang kami pungut kepada penerima-penerima yang berada di luar negara anda dalam skop penggunaan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini. Dalam keadaan sedemikian, kami akan mengambil langkah-langkah perlindungan yang sewajarnya.
5. Langkah-langkah pengurusan keselamatan
Kami akan menguruskan Data Peribadi yang anda berikan dengan penuh tanggungjawab, dalam cara yang sewajarnya untuk mengelakkan insiden seperti kehilangan, kecurian, pemalsuan dan kebocoran. Untuk butiran lanjut, sila rujuk Dasar Keselamatan Maklumat dan Laporan Keselamatan Maklumat.
6. Data Peribadi Kanak-Kanak
Kami tidak memungut atau meminta Data Peribadi dengan sengaja daripada kanak-kanak seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang tempatan. Kami menggalakkan ibu bapa dan penjaga untuk memainkan peranan aktif dalam memantau aktiviti dalam talian dan minat anak-anak mereka.
7. Pematuhan kepada undang-undang
Apabila mengendalikan Data Peribadi yang anda berikan, kami akan mematuhi undang-undang, peraturan dan kod-kod berkaitan perlindungan Data Peribadi yang terpakai kepada perlindungan Data Peribadi.
8. Semakan kepada Dasar Privasi ini
Kami mungkin akan menyemak semula Dasar Privasi ini apabila perlu dalam usaha berterusan untuk menambah baik perlindungan Data Peribadi, jika sesuai.
Kemas kini terakhir: September 11, 2023
FUJIFILM Corporation